Dulu,
teringin sekali menjadi seorang arkitek,
sebab suka melukis rumah²,
teringin membina sebuah masjid.
Tapi,tak bijak Fizik.
Dulu,
teringin sekali menjadi seorang doktor,
sebab nak merawat ummah,
menyembuhkan jundi² Allah.
Tapi,tak bijak Biologi.
Dulu,
teringin sekali menjadi usahawan,
nak bantu ekonomi Islam,
nak jadi usahawan Islam yg berjaya.
Tapi,tak bijak Prinsip Akaun.
Dan hari ini,
Allah telah memilih saya,
untuk menjadi seorang guru.
saya sedar,
impian saya untuk menjadi arkitek, doktor & usahawan akan tercapai,
kerana dgn menjadi guru,
saya boleh jadi semuanya,
arkitek yg akan mencetak rijal² yg hebat,
doktor yg akan merawat akhlak pelajar,
usahawan yg akan menjana tenaga jundi² Allah di masa hadapan.
Alhamdulillah.
Siapa KITA?
Kita ialah orang² yg terdiri dari pelbagai profesion, tetapi telah disatukan oleh satu akidah & matlamat yg sama.
Kita berbeza profesion tapi masih membicarakan soal yg sama. Dengan kata lain,
seorang doktor akan bercakap tentang Islam,
seorang jurutera akan bercakap tentang Islam,
seorang cikgu juga akan bercakap tentang Islam,
hatta seorang nelayan di laut turut bercakap tentang Islam walau mungkin pada ikan² tidak berakal.
Variasi profesion yang menjadi alat untuk memudahkan kerja² kita untuk Islam.
Menarikkan...?
Siapa SAYA?
Saya seorang guru Matematik yg akan tetap membicarakan tentang Islam. InsyaAllah :)