Photobucket

Friday, August 28, 2015

TAHAJUD Merawat Hati yang Luka

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:15 PM No comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salam Jumaat yg penuh barakah... Salam sehati sejiwa... (Semangat Kemerdekaan) 


Di suatu petang yg hening ketika jari jemari ingin menekan button X pada tetingkap FB, mata & hatiku tertarik dgn satu coretan yg diupload oleh adik Ifah Ahmad dlm group FB kami.  


Cik Wana nie jenis excited membaca artikel yg orang post kat FB. Terima kasih sangat² buat sahabat FB yg suka share benda bermanfaat. Moga ia menjadi salah satu saham yg bakal dibawa ke akhirat kelak. InsyaAllah.


Berbalik kpd artikel yg dibaca, ia sudah cukup mengetarkan hatiku yg ketandusan tarbiyah drpd Allah.


Mahu tahu kandungan artikel tu? Jom teruskan misi membaca blog TERATAK PENDIDIK.


Sebuah kisah benar…


Hari ni, ana diberi kesempatan utk berborak dgn seorang muslimah. Seriously, for the first time, I looked at her, nothing about her seemed special. Pakai baju t-shirt lengan panjang (bukan t-shirt muslimah), seluar slack, tudung tiga segi melepasi paras dada, bersarung kaki & merempit. Apa pandangan anda?



Linda: Ermmmm… Boleh tarik jadi mad’u ni. (monolog dalaman). Assalamualaikum.

Si dia: Waalaikumussalam.

Linda: Sorang je?

Si dia: Ya.

Linda: Tunggu kawan ke?

Si dia: A’ah. Tadi janji nak gi makan sama².

Linda: Ohhh, samalah. Saya pun tunggu kawan. Tak turun² lagi.



~~~~Suasana Sunyi~~~~



Linda: Sem berapa ya?

Si dia: Oh, sem 4. Awak? Nama apa ya?

Linda: Sem 4? Samalah kita. Nama Linda. Ni sapa nama ya?

Si dia: Panggil ja Tirah.

Linda: Oh, Tirah. Dah banyak kali terserempakkan? Tapi tak berkesempatan nak tegur.

Tirah: Itulah pasal. Saya pun dah lama perhatikan awak.

Linda: ??????? Perhatikan saya? Kenapa ya?

Tirah: Saja. Saya suka tengok awak. Nampak berkaliber, berani & solehah. Hebatlah pendek kata. Awak punya segala.

Linda: ?????? Ya ka? Mana ada. Saya ni banyak kelemahannya. Kehebatan & kekuatan pinjaman drpd Allah buat saya.

Tirah: (Senyum & kagum dgn jawapan Linda). Saya yakin awak orang yg hebat. Dan saya tahu rahsia kehebatan awak.

Linda: (Mak aiii… Sampai begitu sekali? Apa rahsianya? Aku pun tak tau). Ha? Biar betul Tirah ni. Hebatnya… Ok, kalau betul Tirah tau, cuba bagitahu saya. Hehehe...

Tirah: Rahsianya qiamullail!!!

Linda: (Muka kelat sambil telan air liur). Hehehe. Kenapa Tirah cakap gitu?

Tirah: Sebab rahsia kehebatan seorang Muslim tu terletak pada qiamullailkan? Itu yg saya belajar masa sekolah dulu. Betul tak? Ermmm… Macam mana ya saya nak jadi kuat macam Linda? Saya tak mampu nak qiam setiap malam.

Linda: (Setiap malam? Maknanya, dia buat. Tapi, berapa kerap ya?) Ermmm… Sekarang, Tirah ada buat qiamullail?

Tirah: Ada tapi taklah setiap malam. Itu pun saya dah lama tinggal sebelum ni. Sekarang baru nak mulakan balik (mata Tirah berkaca).

Linda: Sejak bila Tirah mulakan balik?

Tirah: Sejak sebulan yg lalu. Baru je.

Linda: Tinggal? Berapa lama Tirah tinggal qiamullail?

Tirah: Lama Linda. Sejak berbulan² yg lalu. Lama sangat.

Linda: (Terasa bagai luruh satu persatu daging wajahnya. Segala sendi terasa lembik. Tulang belulang bagaikan hancur satu demi satu. Ya Allah, malunya aku!)

Tirah: Linda? Linda ok? Saya salah cakap ke?

Linda: Eh, sori. Sori. Taklah. Saya penat agaknya. Kat mana tadi?

Tirah: Saya tanya, macam mana nak jadi kuat macam Linda.

Linda: (Tangannya memegang bahu Tirah). Tirah, setiap manusia ada kelemahannya. Apabila kita melihat manusia itu kuat, tak semestinya dia kuat. Apabila Allah tetapkan ujian buatnya, dia bakal jatuh tersungkur jua. Maafkan saya Tirah. Saya minta diri dulu. Kawan saya tak datang agaknya.

Tirah: (Terpinga²). Oh? Okay².

Linda: Ada masa, kita jumpa lagi. Maaf banyak² ya. Assalamualaikum.

Tirah: Waalaikumussalam.


Linda beredar dari ruang menunggu. Cepat dia melangkah pergi krn tidak mampu menahan malu dirinya. Di penghujung jalan Linda berhenti & memandang Tirah. 



“Ternyata awak lebih kuat. Awak lebih hebat Tirah. Andai awak tahu keburukan yg saya sembunyikan di sebalik tudung labuh ini, awak akan jijik melihat saya. Bercakap tentang agama, dakwah & perjuangan kencang tiada tandingannya.

Saya dilihat hebat pada amal jamaie. Hakikatnya amal fardhi saya tak sehebat awak Tirah. Saya kagum dgn kekuatan awak. Saya mencemburui awak. Moga Allah jadikan awak srikandi agama yg sejati. Yg tidak mampu utk saya bandingkan dengan diri saya.”


Perlahan-lahan, Linda menyeka air mata di bibir matanya. Longlai langkahnya kini adalah cerminan longlainya hubungannya dgn Rabbnya. Sudah dua tahun dia meninggalkan qiamullail. Dan sepanjang dua tahun ini juga dia kehilangan sebahagian besar dirinya. Terasa dirinya sentiasa jauh dari rahmat Allah.


P/S: Sahabat² semua, apa yg anda rasa? Ada persamaan? Adakah kita Linda atau Tirah?


Andai kita Linda, cepat! Tadahlah tangan. Menangis & pohonlah kekuatan dariNya utk mendekatiNya. Carilah kawan yg kita percayai, minta dia bantu kita utk kembali meraih kebahagiaan. Cungkillah kebolehan yg ada pada kita utk membentuk generasi yg hebat dgn membina hubungan dgn Rabbul Izzati. Jadilah daie yg mantap!


Andai kita Tirah, tahniah diucapkan. Kita telah membina kekuatan diri kita & kita telah membantu menyedarkan orang lain tanpa kita sedari.


Hakikatnya mereka lebih mulia & hebat di sisiNya. Andai kita merasa hebat, ada yg lebih hebat. Dan mereka adalah orang yg kita pandang tidak setanding kita sebelumnya. Allah memberi hidayah pada sesiapa yg dikehendakiNya. Dan Allah jadikan mati & hidup itu sebagai ujian bagi melihat siapa yang terbaik amalannya.



 Bila hati dibuka utk cinta manusia, hati juga telah dibuka utk diluka & terluka. 


Tahajjud & sujud penawarnya. Tak pasti samada ia suratan atau kebetulan, teori atau kenyataan. Tapi, ia berkesan. Buat dirimu lebih tabah, walau hati retak pecah.


 Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yg dilihat boleh membantu umat Islam utk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kpd Allah dlm setiap tindakan yg dilakukan bagi meraih keredaanNya, iaitu melakukan solat malam dgn merahsiakannya drpd pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dlm diri.


2. Hendaklah bagi orang yg melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya utk bangun di tengah malam.


3. Mengetahui sedalam²nya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian & perbincangan.


4. Memerhati kpd kesungguhan individu² terdahulu drpd kita yg istiqamah & iltizam melakukan qiamullail khususnya para solihin di kalangan para sahabat & ulama.


5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yg ditunjukkan oleh baginda Rasulullah .


6. Tidur dlm keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah 
“Apabila kita hendak masuk tidur, berwuduklah seperti utk menunaikan solat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)


7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutamanya lepas solat Isyak seperti amalan yg dilakukan oleh Rasulullah .


8. Berzikir dgn wirid² yg Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, krn ia menjadi benteng diri drpd kejahatan Syaitan & membantu utk mudah bangun, atau ayat² pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul & sebagainya.


9. Seboleh²nya tidur sebentar di siang hari yg dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.


10. Elak drpd banyak makan & minum, krn ia boleh membantutkan hasrat utk bangun di tengah malam.


11. Bertekad sedaya upaya utk bangun malam dlm apa jua keadaan.


12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.


13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.



Ketahuilah wahai saudara²ku sekalian!
Qi'amullail adalah ibadat yg menghubungkan hati kita dgn Allah selain ia adalah sunnah muakkad yg sangat dianjurkan oleh Nabi . Baginda ﷺ bersabda: 
“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kpd orang² soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kpd Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang drpd terjebak kpd maksiat, dosa & penawar kpd penyakit yg ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad & Tirmizi)


Semoga perkongsian ini bermakna buat AKU, KAMU, DIA & sesiapa saja yg membaca.


Wallahualam



0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...