Photobucket

Saturday, March 31, 2012

Zaman Nabi Ibrahim: Kisah Burung Pipit

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:53 PM



Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yg zalim, seekor burung pipit berulang-alik drpd sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dgn membawa air kolam tadi dlm paruhnya yg kecil.

Kejadian ini dilihat oleh Malaikat Jibril a.s. & Jibril bertanya kpd sang pipit
Adakah air itu mampu utk memadamkan api yg menggila marak & besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, 
Yg dia tahu bahawa air yg dibawa tidak terpadamkan api yg ganas itu. Namun, sekurang²nya saya telah menjalankan tanggungjawab & tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Iktibar & pengajaran:
^_^Sebagai seorang insan yg mengaku beragama Islam: 
Apakah usaha kita utk menegakkan syiar kebenaran Islam? 

Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina & dicerca?


^_^Usaha yg kecil namun dikerjakan secara berterusan lebih baik ertinya drpd usaha yg kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. Bagaimanapun, ia lebih baik drpd langsung tidak berbuat apa-apa.


^_^Ada juga insan yg merasa takut utk menegur pemimpin krn beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yg tidak punyai pangkat atau jawatan.


^_^Jadilah insan yg benar² berjiwa merdeka. Apa makna merdeka? Maknanya kita bebas, tidak takut & tidak memperhamba diri kpd manusia. 


^_^Jadilah insan berjiwa merdeka yg tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yg benar tanpa rasa gementar dgn ancaman & ugutan manusia.


Niat kita mesti betul dlm perjuangan, niat kita wajib diperbetulkan. 


Kita berjuang krn Allah
ALLAHU AKHBAR!!!

Monday, March 26, 2012

Hadiah Istimewa Dari ALLAH buat Fatimah r.a

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:53 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Hari nie Wana nak kongsi satu sirah Nabi Muhammad s.a.w yg mungkin jarang kita dengar. Bukan tentang Perjuangan Nabi tapi tentang Keluarga Nabi.


Moga kita mendapat sedikit ILMU drpd entri yg Wana kongsikan ini bagi melamar REDHA ILLAHI.


Kisahnya bermula di sini....


Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yg berpakaian kasar itu sedang mengisar biji² gandum dlm linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, 
"Wahai buah hatiku, apakah yg engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dlm nada sayu Fatimah berkata, 
"Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat krn terpaksa mengisar gandum & menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dgn lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dlm kisaran itu.

Dgn izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dgn sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur & merasa sangat gembira dgn hadiah istimewa drpd ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar & batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan utk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dgn kata² yg masyhur, 
"Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku utk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat utk keluarga kita."

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang utk menjadi solehah.

Ayahanda yg penyayang itu terus merenung puterinya dgn pandangan kasih sayang lalu berkata, 
"Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yg lebih baik drpd apa yg kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.


Rasulullah SAW bersabda:
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali (10), 'Alhamdulillah' sepuluh kali (10) & 'Allahu Akbar' sepuluh kali (10). Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' & 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali (33)."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kpd Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dgn mudah & sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba² yg hatinya sentiasa mengingatiNya.


Sunday, March 25, 2012

Betulkah Kau Seorang Pejuang Agama Allah?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:23 PM


:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi ikhtilatmu tidak dijaga.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi kau masih assobiyyah.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi ibadahmu & amalanmu masih seperti dahulu.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi kau masih layan tv, movie & game dgn alasan nak release tension.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi Cinta Dunia masih menempati hatimu berbanding Cinta Allah & RasulNYA.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi kau sibuk update isu semasa berbanding baca AL-QURAN 1 helai sehari pun susah.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi kau tak datang pun berusrah & majlis ilmu. 

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi kau masih layan muzik² yg lagha.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi sering beralasan utk dakwah & jihad.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi kau lebih bela jemaah berbanding Islam.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi ukhuwahmu hanya utk kepentinganmu bukan kepentingan ummat.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah,
Tapi berapa banyak ummat yg kau ziarah?

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sendiri akibat lalai krn tidak berdakwah.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi utk berinfak saja kau sudah kikir.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi hidupmu masih senang lenang & mewah.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi kau jarang sekali menangis utk bertaubat.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi kau masih seronok dgn maksiat di sekitarmu.

:( Katanya kau seorang pejuang Agama Allah
Tapi kau tidak rasa apa² bila berbuat maksiat.


KATANYA KAU SEORANG PEJUANG AGAMA ALLAH!!!!

[Marilah sama² kita MUHASABAH DIRI. Perbetulkan segala kesilapan yg lalu. Moga Allah mengampunkan dosa² kita]


"NAHNU ANSARULLAH"

Saturday, March 24, 2012

Adab Berdoa dalam ISLAM

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:57 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari nie ana nak berkongsi tentang ADAB BERDOA YANG BETUL DI SISI ISLAM. Moga bermanfaat kpd pembaca sekalian.


 

Doa senjata org mukmin. Pelbagai cara org menadah tangan ketika berdoa.

Kaedah yg baik & tampak sopan ketika bermunajat dgn Allah SWT adalah 
^_^lambang kesungguhan
^_^lambang penuh pengharapan kita kpd Khalik

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran & kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Berikut ada panduan Adab Berdoa iaitu: 



1) Angkat tangan ke paras dada.



2) Rapatkan kedua² belah tapak tangan.
 

3) Kita akan nampak urat tangan kanan & kiri bercantum seakan membentuk sampan. 
Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba ب’. Titik ‘ba, ب’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruf hijaiah (ا-ي) dlm Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yg menjaga hufur ‘ba, ب’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu, berdoalah bersungguh² dgn penuh pengharapan.

4) Duduklah dlm keadaan duduk iftirasy di tahiyat awal atau duduk  tawaru tahiyat akhirJika berdiri tegakkan badan betul² & jangan menyandar.

5) Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah & menyebut nama² Allah yg bersesuaian dgn keperluan doa kita pd masa itu. 
Contohnya, jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-Razaq & disusuli juga dgn berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

6) Berdoalah bersungguh² dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami krn Allah Maha Pengasih, sangat memahami & mendengar segala bicara tulus hamba²nya.

7) Ajarkanlah Adab Berdoa kpd seluruh ahli keluarga sedari usia kecil krn Insyaallah ia akan dapat membentuk peribadi baik dlm kehidupan.


P/s: Sedang berusaha mengajar anak² muridku berdoa dengan cara yg betul. Moga dipermudahkan Allah. Ameen. :)


Wallahu’alam. 

Wednesday, March 21, 2012

Kehilangan 2 Permata Islam Part 2

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:09 PM


Ya Allah...
Indahnya perkenalan berselit wangian Firdausi,
Bertemu kita di rumah-Nya,
Salam dihulur & ciuman lembut menyapa pipi,
Itulah pengikat kasih ukhuwah antara kita,
Masih terasa kehangatan itu,
Membangkitkan rasa yang kian mekar,
Bila bertemu berjabat mesra lagakan pipi.

Ya Allah, 
Manisnya ukhuwah yang engkau hamparkan,
Terasa kuat kaki melangkah,
Saat terjatuh engkau hulurkan tangan & tersenyum mesra.

Duhai sahabat,
Pemergian kalian bukanlah satu titik noktah buatku, 
Lafaz janji yang kita ungkapkan bersama, 
Pasti aku dakapi,
Mutiara kata kalian tersemat di sanubari,
Akanku gagahi menerima takdir ILAHI...

Adik Tini & Adik Dayah,
Ana sayangkan kalian kerana Allah. 
Damailah kalian di sana.

Al-Fatihah :) 





Keadaan kereta yg dinaiki 2 arwah & 3 sahabat yg selamat. 
Arwah meninggal dunia di tempat kejadian.


Sebahagian sahabat yg hadir utk memberikan penghormatan terakhir  buat Arwah Fatini.


Mari kita sama-sama hayati video di bawah. 
Pastikan sahabat mematikan lagu di blog saya dulu.

Airmata m'galir dgn derasnya bila melihat video nie...
MOGA dikau kini bahagia dik di alam barumu.



Jom Baca ini juga:
Permergian Dua Sahabat Perjuangan (Adik Puteri Nor Aisyah)
Mati Dan Kita  (Ustaz Anhar)
Sinergi Talam (Kak Siti Thalathiah)
Al-Fatihah (Adik Nor Halawati)

Tuesday, March 13, 2012

Ya Allah, Ajarkan Aku REDHA!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:39 PM

Saat aku merenung langit cerah..


Melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa..


Tersenyum sendirian, Allah itu memang BAIK...

Dan ketika ini..
~ ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..
~ ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama.
~ ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi..
~ ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah mereka..
~ ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..
~ ada budak baru BELAJAR MEMBACA..
~ ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..
ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..
~ ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..

Bermakna..

Indah..

Tapi ketika ini..
~ ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..
~ ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..
~ ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..
~ ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..
~ ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..
~ ada yang BEKERJA 16 jam tanpa henti tiada habuannya..

Pahit..

Perit..

Imbas..

AKU DI SINI..
punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..
punya makanan tersedia untuk dijamah..
punya air bersih untuk bersiram..
punya masa untuk menulis ini..


p/s : Harusnya, aku BERSYUKUR. Terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaanMu ini. Tidak mampu kuluahkan betapa aku bersyukur padaMu, segala puji hanya bagiMu..♥♥

Wednesday, March 7, 2012

Kehilangan 2 Permata Islam Part 1

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:30 AM

Telah tiba Saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yg Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati…

~ Kehilangan 2 Permata Islam ~

Allahurabbi…  

Tatkala sibuk menyusun latihan yg akan diberikan utk kelas akan datang, terkedu lidah & tergetar tangan tatkala membaca satu sms daripada adik Asma Jan sekitar jam 10.55 pagi yg berbunyi; 
“Al-Fatihah buat 2 orang sahabat kita (Fatini & Hidayah) yg baru pulang ke rahmatullah & 3 orang lagi (Midah, Shahmar & Abqariah) masih di hospital Kedah. Doakan mereka selamat.”

Terpenjam mata seketika akibat terkejut dengan berita yg diterima sehingga aku membaca sms berulang-ulang kali. Seperti tidak percaya.
“Ya Allah, sekelip mata saja Kau mampu mengambil semula nyawa hambaMu yg dipinjamkan buat sementara.”

Baru rasanya bersms dengan kedua-dua arwah beberapa hari yg lalu. Bertanya khabar, berkongsi cerita tentang perkembangan UPSI. Terbayang senyuman mereka berdua.

Aku muhasabah diri sebentar
“Maut tidak mengenal tua atau muda, sihat ataupun sakit, sudah berkahwin atau bujang & dara, berilmu atau jahil, da'ie (pendakwah) atau mad'u (yg didakwahkan). Kalau sudah datang kehendak Allah untuk kita pergi menghadap-Nya, kita akan mati tanpa kita sangka-sangka.”

Adik-adikku, kamu berdua pergi dahulu menghadap Illahi. Allah amat menyayangi kalian berdua.


Walaupun berlainan kolej kediaman tapi setelah beberapa program yg diikuti bersama Allah membuahkan bibit ukhuwah & lahirnya kasih sayang antara kami. 

Terbayang-bayang akan mereka.

~ Kenangan bersama Adik Hidayah ~

Kali terakhir bertemu dengan adik Hidayah semasa di Walimah Kak Hidayani sebelum aku berangkat pulang ke Labuan. Sempat kami bersalaman. Sempat kami saling bermaafan kerana tidak pasti bila akan bertemu lagi.

Kali terakhir bersms dengan adik Hidayah dua minggu yang lalu. Ada dia minta untuk diemailkan gambar semasa di Walimah Kak Hidayani. Aku tidak pasti sama ada telah menunaikan keinginannya atau belum memandangkan gambar itu ada pada adik Hafsah.


~ Kenangan bersama Adik Fatini ~

Setiap kali bertemu, adik Fatini pasti ayat ini yg diulang;
“Hai Kak Wana, teman sebantalku”

Kisahnya bermula apabila kami berada dalam satu program pada tahun 2010, di mana kami tidur sebantal sepanjang 4 hari 3 malam program berlangsung & pernah satu malam adik Fatini tidur berbantalkan lenganku. Keesokkannya kebas. 


Yg paling lucu pada malam keesokan pula aku terkejut apabila seseorang mendakapku dari belakang. Memandangkan kepenatan, aku biarkan saja hingga keesokan paginya. Rupa-rupanya, pada malam itu, dia ketakutan.

Sejak peristiwa itu, adik Fatini memanggilku “TEMAN SEBANTAL”. Tersenyum aku mengenangkannya. Kali terakhir aku bertemu dengannya semasa menjaga gerai kerepek di KUO & kami berbalas sms terakhir pada 27 Februari yg lalu. 

TAPI…

Akhirnya dalam bulan kelahiranku, 6 Mac 2012 Allah menjemput mereka dahulu. Tiada lagi air mata menitis. Aku masih terkejut akan berita ini. Seakan tidak percaya tapi itu semua takdir Allah buat mereka.

Hanya DOA yg mampu kukirimkan buat kalian berdua. 



REHATLAH DI ALAM BARUMU.
AKAK SAYANG HIDAYAH & FATINI KERANA ALLAH…

Berpisah kita di DUNIA yg FANA ini, Moga ALLAH pertemukan kita di SYURGA sana.


Wallahualam...

Sambungan di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...